Wednesday 28 June 2017

KEDAH TAK RELA BERPUTIH MATA

Menjelang perlawanan pertama Liga Super Malaysia yang bakal berlangsung semula pada hari Sabtu ini setelah berehat selama sebulan bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan, kini pasukan Kedah sudah pasti hampir bersedia bagi menghadapi cabaran  pasukan Perak di Alor Setar.

Pasukan Kedah atau diberi jolokan sebagai skuad Lang Merah yang mula menjalani latihan sejak kelmarin lagi ditambah pula dengan beberapa siri persahabatan menentang pasukan Perlis dan juga pasukan muda Kedah seperti skuad Piala Presiden serta skuad Piala Belia pada bulan Ramadhan dianggap seperti sudah bersedia bagi menghadapi ancaman skuad Seladang.

Ketua pasukan Kedah Helmi Johari berkata, "Fokus pasukan Kedah kini hanyalah untuk ujian pertama menentang pasukan Perak dan sudah pasti kami mahu mendapatkan keputusan positif apatah lagi beraksi di halaman sendiri.

"Namun, pasukan Kedah harus berwaspada kerana Perak yang dibimbing oleh Mehmet Durakovic semestinya bakal memperagakan aksi berlainan dengan kehadiran dua pemain import baharu iaitu Gilmar Jose da Silva dan Leandro dos Santos.


"Pertemuan dengan pasukan Perak dalam Liga Super Malaysia pada bulan April lalu, pasukan Kedah terikat 1-1 dan itu bukanlah suatu ukuran sebenar bagi perlawanan ini dan pasukan Kedah harus lebih berwaspada.


"Tetapi, saya yakin jurulatih Nidzam Adzha mempunyai percaturan yang lebih baik untuk perlawanan pada hari Sabtu ini," ujar beliau.

Perlawanan Kedah menentang Perak dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini dan disiarkan secara langsung di saluran Media Prima Berhad TV3 dan berita semasa akan disiarkan di akaun sosial media rasmi Lang Hijau Kuning.


Source : Harian Metro (29 Jun 2017)

No comments:

Post a Comment