Thursday 29 June 2017

ZACH BELANJA RM50,000 RAWAT KECEDERAANNYA

Pemain import pasukan Kedah, Zachary Michael Anderson memaklumkan bahawa beliau telah membelanjakan sejumlah RM50,000 wang simpanannya semata-mata untuk merawat kecederaan yang dialaminya.

Pemain yang mempunyai ketinggian 194 cm itu sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian tulang pinggulnya. Kecederaan itu juga telah memaksa beliau berehat sejak mengalami kecederaan itu pada bulan Mei.

Anderson yang tidak berpuas hati dengan laporan kecederaannya itu telah mengambil keputusan untuk pulang ke negara asalnya di Australia bagi mendapatkan rawatan penuh daripada doktor pakar yang menelan kos sebanyak RM50,000 ketika Liga Malaysia berehat bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan.

“Saya tidak kisah membelanjakan RM50,000 bagi memastikan kecederaan yang saya alami ketika beraksi pada perlawanan bertemu PKNS (Perbadan Kemajuan Negeri Sepangor) di Stadium Darul Aman pada tidak merencatkan khidmat saya di sini.

"Laporan yang diperolehi selepas itu memberi harapan baru kerana doktor telah mengesahkan bahawa kecederaan tulang pinggul itu sebenarnya tidak serius hingga memerlukan saya berehat sebelum ini.

"Saya bersyukur, walaupun agak kecewa kerana banyak membuang masa dan tidak turun berjuang bersama rakan-rakan lain," katanya.

Zachary menambah, berbekalkan laporan berkenaan, dia pulang ke Alor Setar untuk diserahkan kepada barisan jurulatih bagi penelitian mengenai tahap kecederana yang dialami.

"Oleh kerana kecederaan itu hanya bersifatkan kecederaan ringan, saya harap dapat kembali mengisi slot kesebelasan utama dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

"Sekarang saya sedang memberi perhatian untuk kembali cergas sepenuhnya dan menyakinkan Ketua Jurualtih, Mohd Nidzam Adzha Yusof bagi diberi tanggungjawab asal di bahagian pertahanan Kedah," jelasnya.

Menurutnya, laporan itu juga telah membuktikan di tidak perlu lagi bimbang dengan kecederaan yang di alami dan mampu beraksi seperti pemain lain selepas cergas sepenuhnya.

Sumber MStar Online

No comments:

Post a Comment