Saturday 14 October 2017

AKHYAR PERKUAT BARISAN PIALA BELIA

Pemain muda skuad Lang Merah, Akhyar Rashid bersedia menggempur kubu pertahanan pasukan SSMP B-17 atau dahulu diiktiraf sebagai Harimau Muda C.

Akhyar yang baru pulang dari kem Malaysia B-19 iaitu sebagai persediaan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia B-19 kini diletakkan dalam skuad muda Lang Merah itu bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan Kedah.

Pasukan Kedah B-19 yang tewas 3-2 di tempat lawan dalam aksi final pertama Piala Belia pada Rabu lalu hampir bersedia menerima kunjungan SSMP B-19 dalam perlawanan final kedua kejohanan tersebut pada hari Isnin ini di Stadium Darul Aman.

Untuk rekod statistik bagi Akhyar Rashid, beliau telah pun bermain bersama empat pasukan dalam lebih daripada enam pertandingan iaitu pasukan Kedah B-21 dalam kejohanan Piala Presiden, pasukan senior Kedah dalam Liga Malaysia, skuad Harimau Muda dalam kejohanan Sukan Sea KL2017 & kelayakan Piala Asia B-23 serta pasukan Malaysia B-19. Rekod ini akan bertambah menjadi lima pasukan jika Akhyar diturunkan pada perlawanan final kedua Isnin ini.

Untuk rekod juga, Akhyar pernah bermain bersama skuad Kedah B-19 ini pada tahun lalu dan berjaya membantu pasukan layak sehingga peringkat kalah mati sebelum tewas kepada pasukan SSBJ.

Ayuh turun beramai-ramai pada hari Isnin ini dengan harga tiket hanya RM5 bagi terbuka dan RM7 bagi astaka. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena.

No comments:

Post a Comment