Sunday 15 October 2017

LIRIDON BOLEH MAIN!

Kesemua skuad Lang Merah boleh beraksi dalam perlawanan separuh akhir pertama antara pasukan Kedah menentang FELDA United.

Sebenarnya kad yang dikutip ketika peringkat kumpulan tidak dibawa ke peringkat kalah mati.

Ketika dalam peringkat kumpulan, tiga kad kuning akan mengakibatkan satu penggantungan manakala dalam peringkat peringkat kalah mati, dua kad kuning akan mengakibatkan satu penggantungan.

Peraturan ini sebenarnya sudah lama digunakan dalam Liga Malaysia iaitu dalam Piala Malaysia dan Piala FA.

Kesimpulannya, Liridon boleh bermain dalam perlawanan malam ini kerana beliau hanya baru mengutip satu kad kuning dalam peringkat suku akhir yang lalu dan bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh para penyokong Kedah di media sosial.

Ayuh penyokong Kedah, kita banjirkan Stadium Tun Abdul Razak dan bagi yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda bokeh saksikan perlawanan ini di saluran Media Prima Berhad TV3.

Saturday 14 October 2017

AKHYAR PERKUAT BARISAN PIALA BELIA

Pemain muda skuad Lang Merah, Akhyar Rashid bersedia menggempur kubu pertahanan pasukan SSMP B-17 atau dahulu diiktiraf sebagai Harimau Muda C.

Akhyar yang baru pulang dari kem Malaysia B-19 iaitu sebagai persediaan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia B-19 kini diletakkan dalam skuad muda Lang Merah itu bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan Kedah.

Pasukan Kedah B-19 yang tewas 3-2 di tempat lawan dalam aksi final pertama Piala Belia pada Rabu lalu hampir bersedia menerima kunjungan SSMP B-19 dalam perlawanan final kedua kejohanan tersebut pada hari Isnin ini di Stadium Darul Aman.

Untuk rekod statistik bagi Akhyar Rashid, beliau telah pun bermain bersama empat pasukan dalam lebih daripada enam pertandingan iaitu pasukan Kedah B-21 dalam kejohanan Piala Presiden, pasukan senior Kedah dalam Liga Malaysia, skuad Harimau Muda dalam kejohanan Sukan Sea KL2017 & kelayakan Piala Asia B-23 serta pasukan Malaysia B-19. Rekod ini akan bertambah menjadi lima pasukan jika Akhyar diturunkan pada perlawanan final kedua Isnin ini.

Untuk rekod juga, Akhyar pernah bermain bersama skuad Kedah B-19 ini pada tahun lalu dan berjaya membantu pasukan layak sehingga peringkat kalah mati sebelum tewas kepada pasukan SSBJ.

Ayuh turun beramai-ramai pada hari Isnin ini dengan harga tiket hanya RM5 bagi terbuka dan RM7 bagi astaka. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Monday 2 October 2017

LIVE PIALA PRESIDEN KEDAH.

Live perlawanan separuh akhir pertama Piala Presiden.

Selangor B21 Kedah B21
Stadium MP Selayang
4.45 petang

Tekan sini

Thursday 29 June 2017

ZACH BELANJA RM50,000 RAWAT KECEDERAANNYA

Pemain import pasukan Kedah, Zachary Michael Anderson memaklumkan bahawa beliau telah membelanjakan sejumlah RM50,000 wang simpanannya semata-mata untuk merawat kecederaan yang dialaminya.

Pemain yang mempunyai ketinggian 194 cm itu sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian tulang pinggulnya. Kecederaan itu juga telah memaksa beliau berehat sejak mengalami kecederaan itu pada bulan Mei.

Anderson yang tidak berpuas hati dengan laporan kecederaannya itu telah mengambil keputusan untuk pulang ke negara asalnya di Australia bagi mendapatkan rawatan penuh daripada doktor pakar yang menelan kos sebanyak RM50,000 ketika Liga Malaysia berehat bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan.

“Saya tidak kisah membelanjakan RM50,000 bagi memastikan kecederaan yang saya alami ketika beraksi pada perlawanan bertemu PKNS (Perbadan Kemajuan Negeri Sepangor) di Stadium Darul Aman pada tidak merencatkan khidmat saya di sini.

"Laporan yang diperolehi selepas itu memberi harapan baru kerana doktor telah mengesahkan bahawa kecederaan tulang pinggul itu sebenarnya tidak serius hingga memerlukan saya berehat sebelum ini.

"Saya bersyukur, walaupun agak kecewa kerana banyak membuang masa dan tidak turun berjuang bersama rakan-rakan lain," katanya.

Zachary menambah, berbekalkan laporan berkenaan, dia pulang ke Alor Setar untuk diserahkan kepada barisan jurulatih bagi penelitian mengenai tahap kecederana yang dialami.

"Oleh kerana kecederaan itu hanya bersifatkan kecederaan ringan, saya harap dapat kembali mengisi slot kesebelasan utama dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

"Sekarang saya sedang memberi perhatian untuk kembali cergas sepenuhnya dan menyakinkan Ketua Jurualtih, Mohd Nidzam Adzha Yusof bagi diberi tanggungjawab asal di bahagian pertahanan Kedah," jelasnya.

Menurutnya, laporan itu juga telah membuktikan di tidak perlu lagi bimbang dengan kecederaan yang di alami dan mampu beraksi seperti pemain lain selepas cergas sepenuhnya.

Sumber MStar Online

JAI 'ACCIDENT' TIDAK BENAR

Pada pagi tadi, tersebarnya khabar yang mengatakan bahawa pemain pertahanan pasukan Kedah Rizal Ghazali mengalami kecederaan.

Ini setelah suatu video menunjukkan pemain tersebut sedang disuntik oleh doktor pakar Jasminder Singh di Kedah Medical Centre yang dimuat turun oleh pemain tersebut sendiri di sosial media rasmi Instagram beliau.

Namun, khabar itu hanyalah sekadar khabar angin. Pernyataan ini juga dipersetujui oleh  page Facebook MRG 15 iaitu page yang ditubuhkan untuk menyokong pemain terbaik perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015.

Menurut page tersebut, Rizal hanyalah mengalami kecederaan ketika berlatih bersama-sama pasukan Kedah.

Namun, beliau belum dipastikan sama ada dapat beraksi pada aksi sulung menentang Perak pada Sabtu ini setelah Liga Malaysia berehat selama sebulan bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan.

Skuad Lang Merah bakal melayani kunjungan skuad Seladang Sabtu dalam saingan Liga Super Malaysia dan perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di saluran Media Prima Berhad TV3.

Ayuh beramai-ramai ke Stadium Darul Aman dan pastikan syadium dibanjiri dengan lautan Lang Hijau Kuning!

Wednesday 28 June 2017

KEDAH TAK RELA BERPUTIH MATA

Menjelang perlawanan pertama Liga Super Malaysia yang bakal berlangsung semula pada hari Sabtu ini setelah berehat selama sebulan bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan, kini pasukan Kedah sudah pasti hampir bersedia bagi menghadapi cabaran  pasukan Perak di Alor Setar.

Pasukan Kedah atau diberi jolokan sebagai skuad Lang Merah yang mula menjalani latihan sejak kelmarin lagi ditambah pula dengan beberapa siri persahabatan menentang pasukan Perlis dan juga pasukan muda Kedah seperti skuad Piala Presiden serta skuad Piala Belia pada bulan Ramadhan dianggap seperti sudah bersedia bagi menghadapi ancaman skuad Seladang.

Ketua pasukan Kedah Helmi Johari berkata, "Fokus pasukan Kedah kini hanyalah untuk ujian pertama menentang pasukan Perak dan sudah pasti kami mahu mendapatkan keputusan positif apatah lagi beraksi di halaman sendiri.

"Namun, pasukan Kedah harus berwaspada kerana Perak yang dibimbing oleh Mehmet Durakovic semestinya bakal memperagakan aksi berlainan dengan kehadiran dua pemain import baharu iaitu Gilmar Jose da Silva dan Leandro dos Santos.


"Pertemuan dengan pasukan Perak dalam Liga Super Malaysia pada bulan April lalu, pasukan Kedah terikat 1-1 dan itu bukanlah suatu ukuran sebenar bagi perlawanan ini dan pasukan Kedah harus lebih berwaspada.


"Tetapi, saya yakin jurulatih Nidzam Adzha mempunyai percaturan yang lebih baik untuk perlawanan pada hari Sabtu ini," ujar beliau.

Perlawanan Kedah menentang Perak dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini dan disiarkan secara langsung di saluran Media Prima Berhad TV3 dan berita semasa akan disiarkan di akaun sosial media rasmi Lang Hijau Kuning.


Source : Harian Metro (29 Jun 2017)